Thursday, March 27, 2014

MH370 KUL - BEIJING

Secara jujurnya, tuan tanah tak pandai nak komen topik ni. Peristiwa kehilangan MH370 terjadi semasa tuan tanah masih kat Seoul. Of course la tahu pasal ni dari media sosial. Apa je yang takde kat dalam media sosial kita zaman masa kini? Benda pertama dalam fikiran masa tu apa la datin kat rumah fikirkan. sah sah dia kalut sebab anak dia kat Seoul kan. Lagi lagi pergi balik naik katebang MAS. 
Ok berbalik pada topik itu. Banyak sungguh spekulasi kat media sosial. Mujur datin baca surat khabar dan tengok berita kat tv je. Cukuplah bagi tuan tanah. Takmau datin risau risau. Kot la lepas ni dia halang tuan tanah naik katebang lagi mcm mana? tak ke haru? Dalam kepala otak tuan tanah punyala banyak plan vacay. *hiks*

So pada 24 March, PM kita bukan press conference. Masa tu duk sibuk tengok Running Man ep 190. Gelak gelak macam nobody business kat dalam bilik sambil pakai foot mask peeling yang dibeli kat Seoul (saja promo hehehe) Alih alih tertengok whatsapp. Ada kawan copy paste statement yang disampaikan oleh PM kita. Speechless. Bulu roma kat tangan ni semua berdiri tegak. Pastu teriak. Sungguh. Even tak kenal. Sedih sangat. Teringat kat arwah abah. At least tuan tanah dapat peluk usap abah sebelum dikebumikan. Yang ni? Apa pun takda. Sebak sungguh tengok waris waris penumpang berpelukan, menangis dan ada juga yang sampai pengsan. Berat sungguh dugaan Allah turunkan kepada kita. Terutama kepada keluarga keluarga mangsa. 

Tak habis kat situ je. Timbul spekulasi yang seakan akan nak memecah belahkan kita. Sesama manusia secara amnya. Harap harap tiada apa yang serius lagi terjadi. Jangan keruhkan lagi keadaan yang memang sedia keruh. Jangan suka suka publish itu ini, jangan suka RT benda tak sahih. Jangan jadi batu api. Bacalah. Fahamkan sendiri. Tak perlu share kat facebook anda. Orang lain boleh google sendiri. Tuan tanah tengok sekarang memang macam trend orang berlumba lumba nak post pasal ni kat fb ke twitter ke. Budget up to date? Budget hebat? Jangan ye kawan kawan. Tak semestinya kita tak komen pasal ni, maknanya kita ni katak bawah tempurung atau tak sayangkan negara. Sebab sayanglah tuan tanah putuskan tak mahu jadi macam tu. Dan harap harap kerajaan kita akan ikhlas dan tabah menangani masalah ni. Kita doakan mereka agar menjadi pemimpin yang jujur & amanah. Doakan saja. Larat ke nanti nak merangkak cari diorang balik masa dialam sana nanti untuk minta maaf? 

Oleh itu Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau ampunkanlah dosa dosa mereka. Kau berilah mereka ketengangan disampingMu Ya Allah. Ya Allah Ya Rahim, jauhkanlah mereka dari azab api neraka & Kau tempatkanlah mereka ke dalam syurgaMu Ya Allah. Amin. Al-Fatihah.

4 comments:

  1. Salam Nazla..JM singah sini..nak tambah kenalan katanyan eheeh

    Ye betul kita yang tiada kaitan dengan mereka turut bersedih dan bertambah sedih dgn spekulasi yg pelbagai. Tiap2 hari nk tahu je perkembangan terkini. Setuju sgt gn ustaz Hassan Al Bakri..kalau tak tahu lebih baik DIAM...

    Bila nk sambung story Seoul tu nak tahu gak pengalaman u ouls travel ke sana :-)

    ReplyDelete
  2. Bangga pulak famous blogger datang singgah sini. hehe. Selamat berkenalan JM :)

    Nanti saya cuba ye buat entry. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ahahaha...ada2 je tau..mana da femes..terus JM letak blog ni as a paveret hikss

    ReplyDelete
  4. aaaa terharunyaaaa~~ terima kasih JM!

    ReplyDelete